fbpx

Wan Amirul mengharap tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN AMIRUL (kiri) berharap pencalonan buat kali pertama dalam ABK mampu memberikan tuah buat dirinya.

AKSI memberangsangkan yang ditampilkan tonggak pertahanan Melaka United, Wan Amirul Afiq Wan Ab. Rahman pada saingan musim ini meletakkannya dalam kelompok 10 pertahanan terbaik menjelang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20) 30 Disember ini.

Pemain berusia 28 tahun itu dianggap antara pilihan untuk merangkul Anugerah Pertahanan Terbaik selepas menja­ringkan satu gol serta melakukan lima umpanan gol sepanjang musim lalu.

Bagaimanapun, Wan Amirul percaya bukan mudah untuk dia dinobatkan pertahanan terbaik memandangkan berdepan saingan hebat daripada pemain-pemain lain.

“Ini adalah penghargaan kepada saya kerana sebelum ini tidak pernah dicalonkan. Apabila dapat berada dalam kelompok 10 pemain terbaik, ia beri saya suntikan semangat bagi menghadapi saingan musim depan.

“Saingan musim 2020 sangat mencabar, namun semua pemain tetap ada peluang untuk pamerkan kemampuan masing-masing meskipun liga yang singkat. Saya sedar bukan mudah untuk bersaing dengan calon-calon lain,” katanya.

Pertama kali dicalonkan untuk anugerah tersebut, pemain kelahiran Kelantan itu akan bersaing dengan beberapa pemain termasuk tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd. Radzak, Corbin Ong, Matthew Davies, Shahrul Saad (Perak) dan Azmi Muslim (Pulau Pinang).

Walaupun beraksi di posisi bek kiri, namun Wan Amirul berada sebaris dengan pemain Terengganu FC, Lee Tuck, Diogo Luis Santo (JDT) dan Sandro da Silva (Selangor) dari segi jumlah umpanan gol.

“Saya sentiasa ikut arahan serta taktikal jurulatih. Saya tidak ada masalah sekiranya beliau minta supaya membantu barisan hadapan kerana tujuan utama adalah untuk berikan yang terbaik kepada pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI