fbpx

Sara lima sekeluarga dengan jual kek pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD. KHAIRULANUAR menunjukkan kek pisang yang menjadi punca rezeki ketika ditemui di rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Perniagaan kek pisang yang diusahakan seorang ayah bagi menampung ke­perluan tiga cahaya mata menjadi talian hayat baharu buatnya selepas kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Bercakap kepada Kosmo!, Muhd. Khairulanuar Mohd. Salleh, 40, berkata, perniagaan kek secara kecil-kecilan itu dimulakan olehnya sejak Jun lalu selepas sebulan menjadi penganggur ekoran dibuang kerja.

“Selepas dibuang kerja dari sebuah kolej swasta pada Mei lalu, saya tidak ada sebarang perancangan seperti mahu menjalankan perniagaan berikutan masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Walaupun saya kelihatan tenang dan reda dengan ujian itu, tetapi dengan nilai pampasan sebanyak RM1,800, jumlah itu tidak mencukupi dan saya perlu berbuat sesuatu,” katanya di sini semalam.

Susulan itu, berbekalkan resepi diperolehi di Facebook, Muhd. Khairulanuar dan isteri, Sarimah Ahmad, 37, mencuba nasib membuat kek pisang dan menjualnya kepada kawan-kawan sebagai permulaan.

“Sebelum ini, kek yang kami hasilkan selalu tak menjadi, semuanya bantat. Alhamdulilah, percubaan membuat kek pisang menjadi dan ia menjadi sumber rezeki buat saya sekeluarga.

“Ketika mula menjualnya, saya hanya mampu menghasilkan kira-kira 40 biji kek sebulan, namun kini penghasilannya mampu mencecah hingga 80 biji setiap bulan,” ujarnya.

Katanya, individu senasib dengannya perlu tampil ke depan dan bukannya mengasingkan diri kerana sikap itu akan menyebabkan mereka lebih terkesan de­ngan apa berlaku.

“Saya berkongsi masalah (kehilangan kerja) dengan rakan dan mereka memberi pelbagai sokongan termasuklah memperkenalkan program kelolaan Institut Keusahawanan Negara bagi membantu usahawan se­perti saya.

“Di situ saya belajar pelbagai kemahiran termasuklah pemasaran yang dilihat sebagai elemen penting dalam melahirkan usahawan khususnya mereka terjejas akibat Covid-19,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI