fbpx

PKPD Apartment Amber Court dan Ria dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong, Pahang sehingga 6 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh PKPD bermula 24 Disember ini hingga 6 Januari depan.

“Selain itu, PKPD di Rumah Kongsi Kampung Smwaut, Jalan Genting, Bentong, Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Beliau berkata, kerajaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa dari semua negara kecuali United Kingdom (UK) ke kampus secara fizikal bagi sesi pembelajaran tahun 2021 bermula 1 Januari nanti.

“Kebenaran ini merangkumi, pelajar lama dan pelajar yang diterima masuk oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta yang mempunyai penginapan tetap di Malaysia.

“Pelajar juga perlu jalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia dan sekali lagi setibanya di pintu masuk negara, selain perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari. Kesemua kos kuarantin dan ujian akan ditanggung oleh pelajar tersebut,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut membenarkan kemasukan pelajar bukan warganegara kecuali dari UK yang datang bersama pengiring untuk belajar di sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta di negara berkuatkuasa 1 Januari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI