fbpx

MKN teliti pembukaan sempadan negara untuk pulih ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang meneliti dan berbincang bagi membuka sempadan negara dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, kerajaan sedang berbincang dan akan mengumumkan keputusan itu dalam masa terdekat.

“Kemasukan orang luar bagi negara zon hijau masih dalam perbincangan, tetapi keadaan boleh berubah mengikut kepada peningkatan kes Covid-19 di negara terbabit.

“Walaubagaimanapun, kemasukan orang dari negara luar ke negara kita sudah ada cuma diterhadkan bagi urusan-urusan tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini tentang sempadan negara perlu dibuka semula bagi memastikan pemulihan ekonomi negara dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2021. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI