fbpx

Malaysia selamat daripada varian baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (dua dari kanan) menandatangani plak perasmiana Kompleks Psikiatri HSNZ di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesihatan masih belum menerima sebarang laporan berkenaan varian virus baharu Covid-19 dari Britain yang sangat mudah berjangkit sudah menular di negara ini.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, negara ini masih lagi tidak membuka sempadan sepenuhnya dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 atau sebarang virus yang mengancam rakyat.

“Kita akan kawal sempadan, sebab itu belum buka sempadan sepenuhnya kerana bimbang kes-kes dari luar negara seperti yang berlaku di England.

“Setakat ini, tiada laporan (penularan varian baharu Covid-19) di Malaysia tetapi jika ada kita akan buat seperti kluster Sivagangga dulu. Kawalan sempadan diberi keutamaan penting buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Kebelakangan ini, banyak negara telah menyekat penerbangan keluar dan masuk dari Britain berikutan penemuan varian baharu Covid-19 berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI