fbpx

Lori tangki bawa minyak sawit terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam api kebakaran sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dalam kejadian di Kilometer 37.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Kulai di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit musnah terbakar di Kilometer 37.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kulai dekat sini hari ini.

Komander Operasi PBK II KUP Azizan Aziz berkata, kejadian itu melibatkan lori tangki jenis Scania yang  terbabas sebelum melanggar pembahagi lebuh raya.

Katanya, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan BNP Bandar Baru sejurus panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 1 petang.

“Dalam kejadian itu, hampir keseluruhan bahagian kepala lori itu musnah terbakar manakala bahagian tangki terbakar sebanyak 30 peratus.

“Pemandu lori, Mohd. Azri Saadon, 41, berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizan berkata, dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu lori berada dalam keadaan selamat.

“Punca kebakaran danp anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan kira-kira pukul 2 petang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI