fbpx

Kes baharu masih angka 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini masih melaporkan angka 2,000 dengan 2,062 kes direkodkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 97,389 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, empat daripadanya adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,058 kes melibatkan penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 911 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 79,304 kes.

“Terdapat satu lagi kematian baharu di Labuan membabitkan lelaki berusia 69 tahun menjadikan sebanyak 439 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 111 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI