fbpx

Kelibat budak hitam dalam kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Samah menunjukkan tempat pekerjanya mendakwa ternampak kelibat seperti kanak-kanak di kedainya di Lukut, Port Dickson.

PORT DICKSON – Kejadian gangguan yang berlaku di Lukut di sini belum ternoktah apabila seorang pekerja sebuah kedai runcit di kawasan itu mendakwa ternampak kelibat seorang kanak-kanak dalam premis tersebut.

Pemilik kedai runcit, Abu Samah Jamal, 62, mendakwa, kejadian itu dilaporkan berlaku antara pukul 7 dan 8 malam, dua bulan lalu semasa pekerjanya yang juga seorang wanita mahu ke tandas.

Kelibat itu bagaimanapun hilang dalam sekelip mata.

Abu Samah yang berniaga di lot kedai di taman perumahan berkenaan sejak April lalu mendakwa pernah terdengar pelbagai kisah gangguan dan misteri sebelum ini.

“Selepas pekerja saya mence­ritakan mengenai kejadian (ternampak kelibat) itu, saya berta­nya adakah ia toyol?

“Dia (pekerja) menjawab tidak kerana kelibat yang didakwa kanak-kanak tersebut berwarna gelap,” katanya ketika ditemui di Lukut semalam.

Selepas kejadian itu, Abu Samah mengambil inisiatif memasang bacaan ayat al-Quran setiap hari di kedainya bagi mengelak kejadian misteri tersebut berulang.

Mengulas lanjut, warga emas itu memberitahu, dia tidak menafikan pernah terdengar penduduk berkongsi cerita mengenai gangguan dan kejadian pelik di kawasan berkenaan.

“Saya ada dengar cerita me­ngenai kejadian pelik yang berlaku seperti gangguan semasa berada di rumah.

“Pada pendapat saya, kejadian misteri atau gangguan ini biasa­nya berlaku di kawasan penempatan baharu,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI