fbpx

Jumlah mangsa banjir Terengganu catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mula mengemas rumah mereka yang sebelum ini ditenggelami banjir di Teluk Kalong, Kemaman semalam.

KUALA TERENGGANU – Cuaca cerah sejak semalam membolehkan banjir di Terengganu semakin surut dengan jumlah mangsa menurun mendadak kepada 1,218 orang.

Banjir gelombang keempat berkenaan kini hanya melibatkan daerah Kemaman dan Dungun sahaja manakala dua daerah lain yang terjejas sebelum ini iaitu Hulu Terengganu dan Setiu telah pulih sepenuhnya semalam.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua 321 keluarga yang masih terjejas dengan banjir kini ditempatkan di 18 pusat pemindahan banjir (PPS) di Kemaman dan Dungun.

“Seramai 766 mangsa daripada 197 keluarga masih ditempatkan di tujuh PPS di Kemaman.

“Dungun pula hanya tinggal 11 PPS yang menempatkan 452 mangsa daripada 124 keluarga,” katanya.

Che Adam berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai mangsa banjir akan dibenarkan pulang rumah masing-masing mulai pagi ini.

Jelas beliau, banjir yang melanda negeri ini sejak Khamis lalu dijangka akan surut secara beransur-ansur berikutan cuaca baik dan paras air di lembangan sungai utama menunjukkan trend penurunan sejak semalam.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan turun padang menyantuni mangsa banjir di Kemaman pada pukul 1 tengah hari nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI