fbpx

Ibu cemas bayi dicakar monyet liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisyah Nur Zara terpaksa dikejarkan ke HSI selepas mengalami kecederaan diserang monyet liar dalam kejadian di Taman Nusa Damai, Johor Bahru, Ahad lalu. Foto IHSAN PEMBACA

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat dicakar monyet liar yang memasuki rumah keluarganya di Taman Nusa Damai, dekat sini Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Aisyah Nur Zara Mohd. Azmi, 5 bulan, mengalami luka pada belakang badan dan leher kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ibu bayi malang itu, Siti Nur Asikin Sulaiman, 42, berkata, ketika kejadian bayi berkenaan diletakkan di atas katil di dalam bilik tidur utama rumah sementara dia berada di dapur untuk menyediakan susu.

“Tiba-tiba sahaja saya dengar Zara menjerit dan menangis. Saya terus bergegas ke bilik untuk mendapatkannya dan terkejut melihat seekor monyet liar masuk melalui tingkap bilik dan duduk di atas belakang Zara yang saiznya lebih kurang sama, sambil mencakarnya.

“Apabila cuba menghalau termasuk menggunakan batang penyapu, monyet itu seakan menarik tangan Zara dan membawanya keluar.

“Mujur ada jiran sebelah rumah membantu. Sejurus itu, saya cuba tenangkan dan dukung Zara, sebelum menyedari baju belakangnya koyak dan ada darah pada badannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur Asikin berkata, ketika kejadian dua anak lelaki yang berusia 15 dan lapan tahun juga ada di rumah dan sedang menonton televisyen di ruang utama, manakala duaminya keluar bekerja.

Katanya, dia segera membawa bayinya itu ke HSI untuk mendapatkan rawatan, manakala jiran membuat aduan secara dalam talian di laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN