fbpx

[VIDEO] Harimau kumbang masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan mengangkat sangkar mengandungi harimau kumbang di Kampung Tengah, Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang yang membaham haiwan ternakan sejak Oktober lalu akhirnya berjaya ditangkap apabila ia memasuki jerat dipasang di belakang sebuah reban ayam di Kampung Tengah, Tanjung Ipoh di sini semalam.

Sangkar itu menggunakan umpan anak kambing sejak 20 hari lalu. Jantina harimau itu masih belum dapat dipastikan kerana ia masih agresif.

Namun, apa yang membimbangkan penduduk ialah terdapat seekor lagi harimau kumbang masih bebas dan didakwa lebih besar daripada yang ditangkap itu serta berkemungkinan menjadi ganas ekoran pasangannya telah ditangkap.

Seorang penduduk, Azman Daud, 52, berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi ngauman pada pukul 3 pagi dari arah sangkar yang dipasang di belakang reban ayamnya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan pada 12 November lalu.

Katanya, sebaik menyelak kain kanvas yang menutup perangkap tersebut, dia terkejut apabila ternampak harimau kumbang di dalamnya.

“Lebih cemas apabila saya nampak ada seekor lagi di luar sangkar yang lebih besar daripada yang ditangkap itu.

“Saya terus lari ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada abang saya,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Harimau kumbang.

Sementara itu, seorang penternak, Baharin Mohamad, 52, berkata, walaupun telah ditangkap, dia masih bimbang kerana masih ada seekor lagi yang masih bebas.

“Setakat ini ada tiga ekor lembu saya mati dibaham harimau kumbang iaitu pada 30 Oktober, 5 November dan yang terbaharu 12 Disember lalu,” katanya.

Tambahnya, dia berharap agar pasangan harimau itu dapat ditangkap dalam tempoh terdekat bagi keselamatan penduduk.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Azharudin Ahmad, 29, mendakwa, ada krew penggambaran yang sedang membuat te­lefilem di kampung itu ter­nampak kelibat harimau melintas berhampiran kubur pada pukul 9.38 malam.

“Saya terus memberitahu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Hasmeon Mat Arbak, polis dan juga Perhilitan,” katanya.

Dalam pada itu, Hasmeon berkata, tangkapan itu sekali gus menafikan dakwaan serangan terhadap ternakan dilakukan harimau jadian atau harimau ­tuanku.

Pada 28 November lalu, ­Kosmo! melaporkan dua ekor lembu dibaham harimau kumbang di kampung itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI