fbpx

Harap kerajaan pusat lulus projek tebatan banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) disambut oleh Ahmad sebaik tiba ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang hari ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

RANTAU PANJANG – Kerajaan Negeri Kelantan berharap permohonan dana sebanyak RM1.5 bilion untuk projek tebatan banjir di Rantau Panjang dapat diluluskan oleh kerajaan persekutuan pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan tersebut agar ia menjadi agenda penting dalam RMK-12.

Menurutnya, apabila projek tebatan itu siap, ia bakal memberi kelegaan kepada penduduk Rantau Panjang selain mampu menyelamatkan mereka daripada bencana banjir setiap tahun.

“Saya amat berharap agar projek ini dapat diluluskan dengan segera.

“Jika projek ini tidak dilaksanakan, Rantau Panjang akan menerima limpahan air dari Sungai Golok yang kemudian masuk ke kawasan sekitar sekaligus menyebabkan banjir setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, pihaknya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai projek tebatan banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang bagi fasa kedua yang sudah boleh dimulakan dengan bajet berjumlah RM600 juta.

Katanya, projek itu telah dilakukan di Tumpat sebelum ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI