fbpx

Ebit Lew luang masa ziarah Syafiq Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik Ebit Lew ketika bertemu Syafiq.

PETALING JAYA- Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluangkan masa menziarahi pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad dan isterinya yang terlibat kemalangan baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya selain menyifatkan tidak mampu menahan sebak ketika bertemu kedua-dua mereka.

Dalam statusnya, Ebit menyatakan dia berasa begitu sayu ketika menziarahi Syafiq serta tidak dapat menahan tangis atas dugaan yang dihadapi anak muda terbabit.

“Amalina (isteri) masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Insya-Allah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik, semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus.

“(Saya) sayu dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu emak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah emak. Banyak soalan dan luahan hati mereka,” katanya tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI