PETALING JAYA – Dua lelaki berusia 30-an cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Jumari Omar berkata, kemalangan itu berlaku berhampiran Bangsar South Commercial.
“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada pukul 12.15 tengah malam.
“Setibanya jentera (bomba) di lokasi didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
“Kenderaan tersebut dipercayai terbabas lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jumari berkata, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera terlibat dalam operasi membantu mangsa kejadian.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa warga tempatan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan. – K! ONLINE