fbpx

Ayda Jebat sakit kaki, tunang beri kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Nabil yang memberikan kasut kepada tunangnya, Ayda.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak sanggup melihat Ayda Jebat menahan sakit kaki, tunangnya, Nabil Mahir sanggup memberikan kasut yang dipakainya kepada tunangnya itu.

Momen romantis tersebut dikongsi oleh pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 28, dalam satu hantaran Instagram semalam

Perkongsian tersebut menunjukkan Ayda dibantu oleh Nabil untuk menukar kasut tumit tingginya.

Klip video tersebut dirakam ketika pasangan itu menghadiri Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada Ahad lalu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta dalam hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.

“Bergaya segak tetapi hatinya selembut sutera. Lelaki kata, situasi begitu bukan kerana takut dengan isteri tetapi sayang. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja kepada Nabil),” tulisnya dalam entri tersebut.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 32, yang disifatkan sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban untuk bakal isterinya.

“Seronoknya Ayda dilayan seperti permaisurui sebelum kahwin,” kata seorang pengikut Instagram Ayda.

Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 28 April lalu.

Pasangan dua sejoli itu dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI