fbpx

996 mangsa banjir Kelantan di 13 pusat pemindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bakong, Pasir Mas Pix : ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Banjir di Kelantan dilihat semakin pulih, namun seramai 996 orang daripada 380 keluarga masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini kerana, kediaman mereka yang terletak di sekitar Sungai Golok di Pasir Mas masih dinaiki air banjir yang berpunca daripada limpahan sungai tersebut meskipun cuaca panas sepanjang hari ini.

Berdasarkan portal eBanjir kerajaan negeri, sehingga pukul 5 petang tadi, sebanyak 11 PPS masih dibuka di Pasir Mas dengan jumlah mangsa seramai 917 orang daripada 357 keluarga.

Dua lagi PPS masih dibuka di Tanah Merah dengan menempatkan 79 mangsa daripada 23 keluarga.

Sementara itu, bacaan terkini dipaparkan infobanjir.water.gov.my mendapati paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencapai 10.16 meter masih melepasi paras bahaya iaitu 9 meter. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI