SUDAH tiga tahun penyanyi Jonghyun pergi meninggalkan peminat yang rata-rata sehingga ke hari ini masih merinduinya.
Sempena ulang tahun ketiga pemergian anggota kumpulan SHINee itu, rakan-rakan artis dan peminat mengimbas kembali memori ketika bersama mendiang.
Akaun Instagram rasmi kumpulan SHINee misalnya, memuat naik sebuah foto Jonghyun yang berada di atas pentas ketika menjayakan persembahan semasa hayatnya.
Menerusi gambar yang ditulis kapsyen ‘kami sentiasa sayangkan awak’ berkenaan, ramai peminat tidak melepaskan peluang meluahkan kerinduan terhadap Jonghyun.
Jonghyun meninggal dunia pada 18 Disember 2017 selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya pada pukul 6.45 petang dipercayai membunuh diri.