fbpx

Watak pemberontak ledakkan Inyeop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG INYEOP

DALAM masa hanya tiga bulan, jumlah pengikut Instagram pelakon Hwang Inyeop naik mendadak dan kini melebih sejuta pengikut. Secara lebih tepat, akaun Instagramnya memiliki seramai 1.2 juta pengikut.

Pelakon baharu itu mula mencuri tumpuan ramai selepas penampilannya menerusi drama 18 Again siaran saluran JTBC dan True Beauty yang ditayangkan menerusi tvN.

Ironinya, Inyeop bukanlah seorang artis muda yang diidolakan ramai peminat seperti kebanyakan selebriti lain.

Umum tahu, Inyeop kini berusia 29 tahun dan akan menginjak angka 30 pada tahun depan.

Bagaimanapun, ramai peminat jatuh hati dengan lelaki itu kerana disifatkan mempunyai wajah keanak-anakan selain kesempurnaan faktor fizikal.

Lakonan yang dipersembahkan juga dipuji peminat yang melabelkan dirinya sebagai pelakon hebat.

Watak Inyeop dalam drama True Beauty iaitu Han Seojoon merupakan seorang pelajar sekolah yang gemar memberontak tetapi dalam masa sama berhati budiman.

Seojoon seorang pelajar popular di sekolahnya selain Lee Suho lakonan Cha Eunwoo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI