fbpx

Ustaz Budak didakwa cium pipi, cabul lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Zaman atau Ustaz Budak (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Bharu 21 Disember lalu atas pertuduhan mencabul seorang lelaki baru-baru ini.-Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pendakwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki minggu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun dengan mencium pipi, menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili Peguam Siti Atikah Abd. Halim.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN