fbpx

Tiada potongan elektrik untuk bil tertunggak kurang 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar.

PUTRAJAYA – Tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan ke atas premis pengguna domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif itu diambil oleh kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) selepas mengambil kira keperluan membantu rakyat dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar

“Kategori pengguna domestik ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

“Ini adalah inisiatif tambahan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi membantu mengurangkan bil eletrik rakyat terutama pengguna domestik berikutan penularan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata, pengguna lain yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Dalam perkembangan berbeza, Shamsul Anuar berkata, kadar semasa tarif elektrik baharu akan diumumkan kerajaan dalam minggu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI