fbpx

Sungai tiruan atasi bencana banjir Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah (kiri) membantu mangsa banjir di Perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu memohon agar projek pembuatan sungai tiruan bagi meminimakan kesan banjir di daerah ini khususnya di beberapa kampung di Chukai di sini disegerakan oleh kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pembinaan sungai tiruan sepanjang sembilan kilometer dari Paman ke Tasik Bungkus, Ibok di sini tersebut bertujuan bagi mengurangkan impak banjir.

“Apa yang berlaku sekarang adalah dua sungai iaitu Sungai Air Putih dan Sungai Cerul yang terletak di Hulu Kemaman telah bertembung di Kampung Paman menyebabkan ia melimpah ke kawasan perumahan penduduk berhampiran.

“Keadaan lebih buruk jika berlaku fenomena air pasang besar dan hujan lebat,” katanya ketika ditemui ketika membantu mangsa banjir membersihkan rumah di Taman Perumahan Rakyat Telok Kalong di sini hari ini.

Hanafiah berkata, projek pembinaan sungai tiruan dapat meminimumkan pertembungan dua sungai itu sekali gus mengurangkan impak banjir.

Menurutnya, idea pembinaan sungai tiruan itu telah diutarakan susulan banjir besar yang melanda daerah Kemaman pada tahun 2013 dan 2014.

“Saya difahamkan Jabatan Alam Sekitar telah pun memberi kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek tersebut dengan kos pembinaan RM300 juta tetapi belum dapat dimulakan berikutan masalah birokrasi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI