fbpx

Sultan Johor dukacita kes kahwin di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita berhubung berita perkahwinan seorang wanita tempatan berasal dari Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan tidak berdasarkan hukum Syara’ di India baru-baru ini.

Baginda telah bertitah agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut bagi memastikan kesahihan berita itu dalam tempoh terdekat.

“Oleh itu, isu berkaitan perkahwinan yang tular di media sosial itu hendaklah ditangani dengan penuh kebijaksanaan apatah lagi ianya melibatkan hubungan antara agama, kaum malahan dua negara,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI