fbpx

SPRM buka kertas siasatan isu seludup daging import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Alias.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah membuka kerta siasatan berhubung isu penyeludupan daging import yang dilaporkan di Senai pada awal bulan ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam telah diperolehi.

“SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

“Fokus siasatan ialah terhadap isu pemalsuan borang Kastam K1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah di kalangan agensi-agensi terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan berhubung siasatan tetapi meminta semua pihak untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Membincangkan isu ini di media massa akan menyukarkan siasatan kami dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI