PENYANYI tampan Shawn Mendes ternyata kecewa dan sedih apabila dia dituduh sebagai pengamal homoseksual dan menyukai pasangan sesama jantina.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan majalah People, penyanyi yang popular menerusi lagu Senorita itu memberitahu bahawa dia berdepan tuduhan sedemikian sejak remaja lagi.
“Sehingga sekarang orang masih beranggapan bahawa saya seorang pengamal homoseksual.
“Sejujurnya saya sangat kecewa dengan tuduhan yang tidak benar ini,” ujarnya yang kini sedang menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Camila Cabello.
Pada masa sama, penyanyi berusia 22 tahun itu terpaksa menahan kemarahannya terhadap golongan yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal tersebut.
Menurutnya, tuduhan tentang dirinya seorang homoseksual timbul kerana keunikan suaranya.Tabiatnya yang selesa duduk sambil bersilang kaki juga dianggap sebagai bukti bahawa dia cenderung memiliki sifat kewanitaan.