fbpx

Raja Afiq bengang isteri disamakan babun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Afiq dan isteri.

IPETALING JAYA – Pelakon Raja Afiq bengang dengan perbuatan segelintir netizen yang menyamakan panggilan nama Aben yang dibahasakan kepada isterinya, Soffwan seperti babun.

Menerusi hantaran di laman InstaStory miliknya, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razal, 26, berkata, dia benar-benar bengang dengan tindakan segelintir netizen yang mempersendakan dengan cara begitu.

“Mulut memang tak ada insurans, tapi janganlah cakap pakai sedap mulut je. Jangan ingat kita tak ada undang-undang.

“Sudah tentu saya akan buat laporan sebab kali ini memang dah hilang sabar,” tulisnya dalam InstaStory.

Difahamkan, pelakon yang popular menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu bakal menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa setelah dinasihatkan beberapa individu untuk membuat saman malu.

Komen-komen nakal tersebut ditinggalkan pada satu hantaran sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang memasuki bulan ketiga.

Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum mendirikan rumah tangga pada Ogos baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI