fbpx

Pengecualian fi lesen pengusaha, pemandu pelancongan dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

PUTRAJAYA – Pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan yang memohon pembaharuan lesen dilanjutkan bermula 1 Januari sehingga 30 Jun tahun depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, lanjutan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan juga turut diberikan kepada pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen untuk tempoh sama.

Beliau berkata, lanjutan itu antara lain bagi membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat Covid-19.

“Sehubungan itu, pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong diharap dapat mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing.

“Ia bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati golongan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Pada masa sama, Nancy berkata, kementerian juga turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada.

Jelas beliau, inisiatif itu layak dinikmati oleh semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan peraturan-peraturannya yang dikuatkuasakan oleh kementerian dalam melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI