fbpx

[VIDEO] Noraniza Idris, Michael Ang berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL Ang (kiri) dan Noraniza Idris masing-masing membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang berlaku antara mereka baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Penyanyi Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu yang terpalit antara mereka sebelum ini.

Kedua-duanya membuat permohonan maaf dalam satu sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi sewaktu berlangsungnya majlis Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

“Dalam peluang dan ruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

“Selepas ini saya akan pastikan peminat saya mengawal tutur kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis,” tutur Noraniza Idris memulakan maaf.

Sejurus permohonan maaf tersebut dibuat, Michael turut melakukan perkara sama dengan berbesar hati memohon maaf kepada Noraniza yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung dua minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta program berkenaan menerusi Twitter.

Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI