fbpx

Mahkamah tetapkan 9 hari bicara kes rogol bekas Exco Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Mac hingga 9 April tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menetapkan tarikh perbicaraan selama sembilan hari itu ketika kes berkenaan disebut semula di hadapannya hari ini.

Terdahulu pada prosiding tersebut, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Choo Kiong, 50, telah membangkitkan isu mengenai kaedah pembuktian dan penggunaan Akta Perlindungan Saksi 2009 dalam kes tersebut.

Menurut beliau, pihak pembelaan menentang penggunaan akta berkenaan yang digunakan terhadap mangsa dan saksi selain Seksyen 265(A) Kanun Tatacara Jenayah oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan melalui pautan video.

“Akta tersebut tidak pernah diguna pakai dalam kes melibatkan kesalahan seksual dan mengapa untuk pendakwaan ini, ia digunakan?” soalnya.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Hashim berkata, sebarang pendengaran awal hanya akan didengar pada hari pertama perbicaraan.

“Hari ini saya hanya tetapkan tarikh, sebarang masalah lain saya akan dengar pada hari pertama perbicaraan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan berkata, pihaknya mempunyai 20 saksi pendakwaan manakala pembelaan memanggil tiga saksi selain memohon untuk menyediakan jurubahasa Indonesia yang boleh berdialek Sumbawa untuk mangsa sepanjang perbicaraan itu.

Perbicaraan ke atas Choo Kiong yang juga bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak itu didengar di Mahkamah Tinggi di sini selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara tersebut ketika bersidang pada 15 Disember lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI