fbpx

Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tangki ditahan APMM Tanjung Sedili selepas bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Penawar, Kota Tinggi, petang semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki dari St Kitts & Nevis, Basetterre ditahan selepas bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, penahanan tersebut dibuat semasa kapal ronda Maritim Malaysia melaksanakan rondaan rutin operasi pada pukul 1 petang.

Katanya pemeriksaan awal ke atas kapal tangki itu dikendalikan 10 kru lelaki termasuk nakhoda yang berusia antara 24 hingga 55 tahun terdiri daripada warga Myanmar, Filipina serta Bangladesh.

“Kapal tangki yang ditahan semalam telah dikesan sedang bersauh pada kedudukan sekitar 11.3 batu nautika timur Tanjung Penawar.

“Pemeriksaan juga mendapati nakhoda kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,00 dan tidak melebihi RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, perintah penahanan ke atas  kapal tersebut telah dikeluarkan dan dua kru kapal tersebut turut dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Mohamad Sulhan berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI