fbpx

Jurugambar minta gambar bogel lelaki didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG –  Padah meminta gambar bogel daripada seorang lelaki, seorang jurugambar yang tular di laman sosial baru-baru ini didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh yang berusia 32 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat untuk menghina kesopanan seorang lelaki berusia  21 tahun dengan meminta gambar bogelnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak di sini pukul 3.09 petang pada 23 November lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman berbentuk pengajaran walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang lelaki.

Bagaimanapun peguam Ariff Amirul Abdul Jani yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan kali pertama dan tertuduh mengidap penyakit jantung.

Mengikut fakta kes, pada 27 Oktober lalu, pengadu ada menerima mesej melalui instagram daripada tertuduh yang menggunakan sebuah nama lain mengatakan ingin mengambil pengadu sebagai model pengambaran berkonsep kesihatan dan pengadu bersetuju.

Namun pada 23 November lalu, pengadu telah menerima  whatsapp daripda tertuduh, yang memintanya menghantar gambar bogel dari sudut depan dan belakang.

Pengadu yang terkejut kemudian menolak tawaran tersebut dan memohon maaf kepada tertuduh.

Pada hari sama, pengadu telah memuat naik satu ‘posting’  di Twitter, supaya berhati-hati dengan tertuduh dan beberapa orang telah menghantar pesanan kepadanya yang mereka juga menerima perkara sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI