fbpx

Ferrari optimis kemampuan SF21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI percaya pembangunan enjin jentera SF21 mampu memberikan kekuatan untuk pasukan itu bersaing musim depan. – AFP

LONDON – Pasukan Ferrari dilihat bersedia untuk menamatkan ‘nasib malang’ mereka sejak beberapa musim lalu apabila mengumumkan jentera SF21 (Scuderia Ferrari 2021) siap sepenuhnya menjelang aksi ujian pramusim di Barcelona, Sepanyol tahun depan.

Meskipun pembangunan casis jentera dibekukan kepada semua pasukan musim depan yang bermaksud semua pasukan perlu menggunakan jentera yang sama tetapi mereka dibenarkan untuk membangunkan sistem aerodinamik baharu.

Musim 2020 merupakan musim malang buat Ferrari apabila pasukan tersebut gagal meraih sebarang kemenangan dan hanya meraih tiga podium menerusi kedua-dua pelumbanya iaitu Charles Leclerc dan Sebastian Vettel.

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto berkata, beliau yakin ujian yang mereka lakukan baru-baru ini menunjukkan tanda positif.

“Enjin beroperasi dengan baik pada ujian dyno yang dilakukan oleh pasukan. Dari segi prestasi, jentera berjalan de­ngan baik jika ingin dibandingkan dengan musim 2020.

“Kami bernasib baik memperoleh unit kuasa baharu. Saya fikir Ferrari akan kembali kompetitif dan itulah yang saya dapat rasakan sekarang. Justeru, SF21 akan memberikan kami harapan untuk saingan musim depan.

“Kami percaya ia adalah permulaan baik untuk beralih ke musim 2022 nanti dengan lebih banyak pembaharuan. Kami akan menggunakan casis yang sama seperti 2020 selepas pembangunan casis dibekukan ketika ini,” kata Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI