fbpx

Covid-19: Kes baharu catat peningkatan dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kes baharu Covid-19 di negeri ini mencatatkan peningkatan dua kali ganda, merekodkan kes tertinggi sejak pandemik ini melanda negara awal tahun lalu dengan 156 kes positif Covid-19 pada semalam berbanding sehari sebelumnya iaitu 77 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, 105 daripada kes tersebut melibatkan 22 kluster aktif sedia ada.

Menurutnya, 18 kes lagi adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu 39 yang melibatkan daerah Pontian.

Katanya, selebihnya ialah 21 kes daripada saringan kontak rapat kes Covid-19 dan 12 kes daripada lain-lain saringan wabak pandemik itu.

“Kluster Batu 39 ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga semalam, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Ini menjadikan kluster aktif di negeri ini sebanyak 23 kluster antaranya ialah Kluster Batu 39 (mukim Api-api), Kluster Jalan Timah (mukim Plentong), Kluster Tembok Gajah (mukim Kluang), Kluster Utama Rini (mukim Pulai) dan Kluster Cahaya Mahsuri (mukim Tebrau),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 3,143 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,883 kes telah pulih manakala 1,228 kes Covid-19 yang aktif telah pun diasingkan dan diberi rawatan di hospital dengan kumulatif kematian setakat ini adalah sebanyak 32 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI