fbpx

Arteta berdepan tekanan memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA perlu segera mencari jalan penyelesaian segera atau berdepan pemecatan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui bahawa soal masa depannya bersama pasukan itu kini menjadi perdebatan utama tetapi beliau kini cuba memberikan fokus untuk mengubah nasib skuad bimbingannya.

The Gunners tewas buat kali keempat dalam lima aksi terakhir ketika tumbang 1-2 kepada Everton pada aksi di Goodison Park awal pagi semalam sekali gus menyaksikan mereka gagal meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Fulham yang mencatat keputusan seri 1-1 menentang Newcastle menyebabkan Arsenal kini hanya empat mata dipisahkan daripada kedudukan zon penyingkiran apabila menghuni tangga ke-15 liga.

Situasi yang berlaku terhadap Arsenal ketika ini menyaksikan jangkaan tinggi yang diletakkan kepada mereka meleset biarpun memulakan musim dengan kejayaan menjulang Piala Perisai Komuniti serta rekod kemenangan bersih beberapa perlawanan awal.

Biarpun masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kemungkinan mereka bakal terjerumus ke zon penyingkiran, namun hasrat untuk mencabar kejuaraan liga musim ini mungkin sudah perlu mereka lupakan.

“Saya faham mengenai perkara itu (nasib bersama Arsenal). Semangat dan fokus saya ketika ini adalah untuk membawa pasukan ini keluar dari situasi sekarang.

“Saya mahu memastikan semangat melawan para pemain kekal setiap kali turun ke padang. Anda boleh menyaksikannya sendiri dan tidak boleh menafikan mengenai semangat yang kami ada.

“Secara jelas, keputusan sekali lagi tidak memihak kepada kami. Kami belum cukup bagus dan ia tidak boleh diterima berdasarkan standard kami sebagai sebuah pasukan yang mempunyai sejarah yang cemerlang sebelum ini,” katanya.

Skuad kendalian Arteta itu turun tanpa kelibat ketua pasukan mereka, Pierre-Emerick Aubameyang yang mengalami kecederaan paha.

Namun, Arteta percaya pendekatan dan taktikal yang digunakan pada perlawanan tersebut adalah tepat tetapi percaya mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengubah nasib. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI