fbpx

Aisberg tiga kali ganda saiz London dalam laluan rempuh Wilayah Seberang Laut Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan aisberg A-68a. - Sheila Simkin YouTube video

LONDON – Aisberg terbesar di dunia pecah dua dengan sebuah bongkah ais gergasi terpisah daripada lapisan ais utama, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bongkah aisberg itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg. Aisberg itu hanyut di lautan dan dalam laluan untuk merempuh Wilayah Seberang Laut Britain, manakala London telah menghantar robot kapal selam bagi tujuan pengawasan.

Dinamakan A-68a, bongkah ais itu terpisah daripada lapisan ais Larsen C di Benua Antartika pada 2017 dan hanyut di laut sejak itu.

Setakat April tahun ini, saiz aisberg tersebut adalah 5179.976 kilometer persegi

Pulau ais terapun itu dalam laluan menuju ke Pulau Georgia yang merupakan Wilayah Seberang Laut Britain dan terletak di selatan Lautan Atlantik dengan rempuhan tidak dapat dielakkan.

Pulau South Georgia tidak mempunyai penduduk tetap tetapi menjadi tempat perlindungan hidupan liar yang penting dan habitat kepada berjuta-juta penguin, anjing laut serta  haiwan lain.

Jabatan Penyelidikan Antartik Britain (BAS) telah mengesan aisberg itu berbulan-bulan lamanya dan sedang memantau situasi terkini.

Aktivis-aktivis alam semula jadi bimbang pelanggaran dengan Pulau Georgia Selatan akan memusnahkan ekosistem di sekitar pulau kecil itu. Pulau Georgia Selatan mempunyai panjang 165 kilometer dan lebar 35 kilometer

Negara paling dekat dengan pulau itu adalah Argentina pada jarak sekitar 2,700 kilometer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI