fbpx

2.6 juta sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 2,699,942 sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan oleh guru dan murid sekolah rendah serta menengah di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, maklumat itu berdasarkan laporan pemantauan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dari 17 sehingga 20 November lalu.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut sebanyak 64 peratus PdPR didapati dilaksanakan secara dalam talian, 17 peratus secara luar talian dan 19 peratus adalah gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

“Pelaksanaan PdPR secara dalam talian dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid dalam penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

“Pembelajaran secara dalam talian juga membolehkan murid meneroka pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan mengaplikasikan teori yang dipelajari,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Zaiedi Suhaili mengenai keberkesanan PdPR untuk tempoh November sehingga Disember 2020.

Muslimin berkata, kerajaan telah menyediakan capaian jalur internet dengan kelajuan 30Mbps sehingga 100mpbs kepada 10,066 sekolah di seluruh negara bagi tujuan PdPR.

Kata beliau, kerajaan juga dalam usaha menyediakan capaian internet berkelajuan 30Mbps bagi 141 sekolah yang tiada infrastukur jalur lebar dan pemasangan dijangka siap pada Februari 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI