fbpx

Vaksin koronavirus ubah manusia jadi ‘buaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bolsonaro berucap pada satu majils angkat sumpah Gilson Machado sebagai Menteri Pelancongan baharu di Istana Planalto di Brasilia, Brazil pada Khamis lalu. – AFP

BRASILIA – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro melancarkan satu serangan terhadap vaksin koronavirus sehingga mendakwa produk buatan firma Pfizer-­BioNTech boleh menukar orang menjadi buaya atau wanita berjambang.

“Dalam kontrak Pfizer, ia amat jelas: ‘Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan sampingan’. Jika kamu bertukar jadi seekor buaya, itu masalah kamu.

“Sekiranya kamu bertukar jadi manusia gagah, andai seorang wanita mula tumbuh jambang atau lelaki bercakap dengan s­uara kegadis-gadisan, itu bukan masalah mereka,” kata Bolsonaro pada Khamis lalu.

Vaksin itu diuji di Brazil sejak beberapa minggu lalu dan sudah mula digunakan di Amerika Syarikat dan Britain.

Semasa melancarkan satu pro­gram penyuntikan vaksin pada Rabu lalu, Bolsonaro menya­takan, ia diberi secara percuma tetapi tidak diwajibkan.

Pada minggu ini, beliau me­negaskan tidak akan menerima vaksin itu walaupun telah melancarkan program berskala besar-besaran di Brazil.

Mahkamah Agung pada Khamis lalu memutuskan pene­rimaannya wajib walaupun tidak akan ‘dipaksa ke atas’ orang ramai.

Ini bermaksud pihak berkuasa boleh denda mereka yang tidak menerima pemvaksinan dan mengharam­kan mereka be­rada di tempat awam tetapi tidak boleh memaksa individu untuk menerima suntikan vaksin.

Brazil mencatat lebih 7.1 juta kes dengan hampir 185,000 kematian akibat Covid-19. Negara itu mempunyai seramai 212 juta penduduk.

Bolsonaro menyatakan jika sesuatu vaksin diluluskan oleh badan pengelola Brazil, Anvisa, ia akan ditawarkan kepada orang ramai yang mahukannya.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menerima vaksin. Ada orang kata, saya memberi contoh yang buruk (kepada umum).

“Kepada orang bodoh yang mengatakan itu, ingin saya beri­tahu mereka bahawa saya sudah terkena virus berkenaan dan saya ada antibodi. Buat apa mahu terima vaksin?” katanya.

Sebelum ini, ada sebilangan kecil individu terkena jangkitan semula Covid-19 tetapi tiada maklumat jelas sama ada seseorang boleh dijangkiti semula atau berapa lama keimunan badan mampu bertahan.

Bolsonaro dijangkiti Covid-19 pada Julai lalu dan sembuh dalam tempoh tiga minggu.

Brazil sedang berdepan gelombang kedua koronavirus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI