fbpx

Tiada kompromi salah guna kuasa lulus lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati terbabit menyalahgunakan kuasa bagi meluluskan lesen perniagaan kepada warga asing.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat termasuk dengan memanjangkan perbuatan mereka itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dasar ditetapkan kerajaan sebelum ini sudah menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan memiliki lesen perniagaan, sama ada di tapak sementara Pasar Borong Harian Selayang atau pasar tani berhampiran.

“Jika kita kesan perkara itu, mereka akan disenarai hitam dan lesen berkenaan dirampas serta merta,” katanya selepas menyampaikan barangan makanan asas dan pelitup muka anjuran Zon dan Sub Zon Parlimen Cheras Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan orang dalam yang sanggup bersubahat dengan peniaga warga asing bagi meluluskan lesen, sekali gus membolehkan golongan berkenaan berniaga berhampiran tapak sementara Pasar Borong Harian Selayang serta pasar tani berdekatan.

Terdahulu difahamkan segelintir warga asing sanggup membayar sehingga RM3,000 bagi mendapat lesen yang diluluskan orang dalam yang mewakili persatuan perniagaan tertentu.

Dikatakan pihak tersebut dapat mengaut untung berganda dengan bayaran dikenakan adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya lebih RM900 setahun yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambah Annuar, perbuatan memberi lesen kepada warga asing bukan sekadar menyalahi undang-undang negara, malah turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Lesen perniagaan hanya untuk rakyat tempatan dan masa memohon pun, mereka perlu menunjukkan bukti yang sahih sebagai warganegara. Berapa ramai rakyat yang susah mendapat lesen walaupun hanya untuk perniagaan kecil-kecilan. Kita perlu konsisten dalam mendahulukan mereka dan seterusnya membela nasib golongan ini,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI