fbpx

Singa, harimau putih tarikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembukaan semula Zoo Negara sejak kelmarin mendapat sambutan luar biasa dengan orang ramai tidak melepaskan peluang melihat si­nga dan harimau putih, panda serta zirafah yang menjadi tarikan ketika ini.

Zoo Negara terjejas selepas terpaksa ditutup ekoran Pe­rintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak lebih dua bulan lalu menyebabkan kekurangan dana bagi menampung kebajikan haiwan-haiwan di dalamnya hingga memaksa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan tampil memberi sumbangan.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, lebih 300 orang mula memenuhi kaunter tiket seawal pukul 10 pagi di kawasan yang menempatkan 280 spesies haiwan itu.

Orang ramai mula mengunjungi Zoo Negara sebaik dibuka semula selepas ditutup lebih dua bulan akibat Covid-19.

Seorang pencinta haiwan, Ida Nazlida Idrus, 46, berkata, sebaik mengetahui Zoo Negara dibuka semula, dia dan keluarga terus merancang pergi ke sana.

“Tiga kali setahun pasti saya dan keluarga pergi ke sini untuk melihat pelbagai spesies haiwan seperti panda yang tidak ada di tempat lain,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Ra­hayu Baharin, 36, berkata, ini merupakan peluang keemasan buat anak-anaknya untuk berhibur dan menambah pengetahuan am ketika cuti persekolahan.

“Sejak PKPB kami hanya duduk rumah dan apabila boleh rentas negeri, kami memilih pergi ke zoo.

“Anak-anak juga gembira dapat keluar rumah dan membuat aktiviti sihat bagi mengisi masa lapang,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan Zoo Negara dibuka semula kepada orang ramai dengan terhad kepada 1,250 pengunjung pada satu-satu masa selepas larangan rentas negeri ditamatkan walaupun PKPB masih berkuat kuasa di Selangor.

Tiket berharga RM45 bagi dewasa dan kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun (RM18). Zoo Negara beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI