fbpx

Rasuah RM2juta, nasib Ku Nan ditentukan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Adnan.

KUALA LUMPUR – Nasib Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta empat tahun lalu akan ditentukan esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan sama ada Ku Nan disabitkan dengan hukuman atau tidak akan diputuskan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang sebelum ini telah selesai mendengar semua keterangan saksi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Tan Hock Chuan.

Mengikut pertuduhan, Ku Nan, 69, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta.

Wang itu daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Bendahari UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Pada 14 Oktober tahun lalu, Ku Nan diarah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sementara pada 30 Jun lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi dalam prosiding yang berlangsung selama empat hari bermula 4 Mac lalu dengan Tengku Adnan sebagai saksi pembelaan pertama.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI