fbpx

Pocong jadi punca lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang terbabas selepas pemandunya terkejut melihat kelibat pocong di belakang kenderaannya di Pulau Bali. – Kompas.com

JAKARTA – Seorang pemandu lori berlari dalam keadaan ketakutan selepas dia melihat kelibat hantu seakan-akan po­cong muncul dari belakang kenderaannya dalam satu kejadian di Indonesia kelmarin.

Portal berita Tribun News melaporkan pemandu yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Gilimanuk ke Denpasar memberhentikan kenderaannya selepas melihat ada tayar motosikal di atas jalan.

“Pemandu itu berniat baik dan mahu mengalihkan tayar itu ke­rana bimbang ada penunggang motosikal terlanggar objek itu.

“Sebaik mengalihkan dan berjalan ke lorinya, dia ternampak sesuatu menakutkan di belakang kenderaan itu. Ada pocong,” kata pemandu kren, I Putu Sandi Artha Wiguna.

Akibat panik, lelaki itu lari meninggalkan lorinya. Kemalangan itu berlaku di Jalan Denpasar-Gilimanuk, Yeh Embang, Kabupaten Jembrana, Pulau Bali.

“Semasa kejadian, enjin lorimasih hidup dan secara per­lahan-lahan meluncur lalu terbabas masuk longkang. Jalan di situ curam,” jelas Wiguna.

Semasa melarikan diri, pemandu itu terdengar ada remaja ketawa. Dia kemudian membuat laporan di balai polis

Wiguna terlibat dalam kerja-kerja mengalihkan lori itu. Polis Jabatan Jembrana pula menahan lapan remaja dalam kes itu.

Ketua Polis Jembrana, Ketut Gede Adi Wibawa mengesahkan kumpulan itu mengaku membuat gurauan hantu pocong untuk dimuat naik ke media sosial.

Ibu bapa setiap remaja itu dan ketua kampung turut dipanggil untuk diberi nasihat mengenai perbuatan tersebut.

Ketut berharap gurauan itu adalah yang terakhir kerana perbuatan itu boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI