fbpx

Pelajar IPT perlu rebut peluang S1P1P

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kiri) menyerahkan sijil SSM kepada Wan Nur Fatin di KTTC Mall di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diseru agar merebut peluang memanfaatkan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang disediakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat November lalu, RM3.92 juta telah disalurkan kepada pelajar IPT di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak RM10 juta geran telah disediakan bagi S1P1P sejak Januari 2017.

“Di bawah program S1P1P ini, pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.

“Pendaftaran adalah elemen penting dalam setiap perniagaan yang bukan sahaja dapat menjadikannya entiti yang sah tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna untuk berurusan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan sijil SSM kepada seorang pelajar Universiti Utara Malaysia, Wan Nur Fatin Wan Yusof.

Dalam pada itu, Rosol berkata, usahawan pelajar juga digalakkan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM BizTrust yang turut ditawarkan secara percuma sehingga akhir tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI