fbpx

Pecahkan barangan raikan perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANTIN akan bekerjasama membersihkan barangan yang dipecahkan selepas selesai acara Polterabend. – Gambar hiasan

SETIAP masyarakat mempunyai adat dan kepercayaan masing-masing untuk meraikan pasangan bakal pengantin.

Salah satunya, pesta Polterabend yang diraikan secara turun-temurun di selatan Jerman dengan memecahkan barangan.

Polter dalam bahasa Jerman bermaksud membuat banyak bunyi dan abend pula membawa makna petang.

Walaupun kurang jelas bila Polterabend bermula. Namun, dikatakan mempunyai kaitan dengan agama di Jerman sejak zaman dahulu lagi.

Acara tradisi itu dihadiri para tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai bakal pengantin.

Mereka yang hadir akan mengambil bahagian melempar dan memecahkan barangan porselin ke tanah.

Bakal pengantin juga akan turut serta melemparkan pelbagai barangan seperti mangkuk tandas, seramik, tembikar, pinggan dan periuk tanah.

Setelah memecahkan barangan tersebut, pasangan bakal pengantin akan membersihkan semuanya.

 

BARANGAN porselin seperti pinggan akan dipecahkan dalam tradisi Polterabend kerana dikatakan dapat membuat pasangan pengantin hidup bahagia sepanjang perkahwinan. – gambar hiasan

 

Mereka percaya, kerja membersih itu akan membantu pasangan terbabit untuk bekerjasama dan bersedia menghadapi masa susah serta senang dalam melayari hidup berumah tangga.

Sehubungan itu, acara tradisi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya bekerjasama dalam waktu-waktu sukar.

Pesta Polterabend juga dipercayai akan membawa tuah kepada pasangan yang bertunang.
Pun begitu, tidak semua barang akan dipecahkan terutama kaca kerana ia membawa maksud kebahagiaan, begitu juga cermin sehingga dibiarkan dalam keadaan baik.
Sekiranya barangan tersebut tidak pecah pasangan itu dianggap bertuah.

Mereka percaya sekiranya memecahkan cermin akan membawa nasib malang.
Oleh kerana acara Polterabend itu cukup meriah, ia sering dirayakan beberapa malam sebelum
majlis perkahwinan berlangsung.

Justeru, bakal pengantin dapat tidur lena pada malam perkahwinan dan bangun dengan segar untuk majlis yang begitu penting buat mereka keesokan harinya.

Namun, baru-baru ini, Polterabend telah digabungkan dengan acara perkahwinan yang dinamakan sebagai polter-wedding.

Ia menjadi semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada zaman kuno, orang Jerman percaya bahawa membuang barang pecah membantu menjauhkan semangat jahat.

Ia mungkin juga merupakan cara orang dahulu untuk melepaskan kekecewaan mereka dengan memecahkan barangan.

Secara tradisinya, pesta tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.

 

tetamu digalakkan membuat bising sepanjang acara Polterabend, manakala pengantin pula menghabiskan masa memegang penyapu sepanjang malam untuk membersihkan serpihan barangan yang pecah itu. –gambar hiasan

Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Alexa menceritakan, acara Polterabend di perkahwinannya dua tahun lalu cukup meriah dan meninggalkan kenangan manis buat mereka berdua.

“Saya melihat beberapa orang pemuda dengan wajah teruja memegang mangkuk tandas untuk dipecahkan.

“Suasana pada ketika itu cukup riuh dan meriah dengan alunan muzik rancak yang seolah-olah memberi semangat keriangan kepada kami,” tutur ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Dia turut mengingatkan agar jangan sesekali menghancurkan kaca atau cermin kerana dipercayai pasangan itu tidak akan bahagia dan membawa malang.

Pada pesta Polterabend itu, tetamu digalakkan membuat bising, manakala bakal pengantin pula menghabiskan masa memegang penyapu sepanjang malam untuk membersihkan serpihan pecah itu.

Ujarnya, ketika acara Polterabend, pasangan pengantin akan menyediakan makanan dan minuman, mereka hanya berpakaian santai, manakala pesta akan berlangsung sehingga matahari terbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI