Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK
KUANTAN – Penduduk di daerah berisiko banjir di negeri ini wajar berwaspada apabila paras air di sungai-sungai utama mencecah takat amaran, tengah hari tadi.
Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang memaklumkan, stesen amaran banjir di Sungai Tembeling serta Sungai Yap di Jerantut kini masing-masing mencatat bacaan 66.38 meter dan 51.91 meter.
Menurut sumber, Sungai Tembeling kini semakin menghampiri paras bahaya iaitu 68 meter, manakala Sungai Yap pada bacaan 52 meter berikutan hujan lebat sejak Jumaat.
Sementara itu, air Sungai Pahang di Temerloh mencatat takat amaran pada bacaan 29.68 meter dan menghampiri paras amaran pada bacaan 31 meter.
Peningkatan paras air Sungai Pahang juga sekali gus menyebabkan sungai-sungai lain yang bersambungan dengannya terutama di Maran dan Pekan mengalami peningkatan.
Dalam pada itu, Sungai Jempol di Maran mencatat bacaan paras waspada 29.89 meter berbanding takat amaran 30 meter.
Selain itu, paras Sungai Lepar, Sungai Belat dan Sungai Lembing di Kuantan turut mencecah takat waspada.-K! ONLINE