Umum tahu, Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada 8 November lalu.
Namun ada teman Diva beritahu, Emma belum habis berpantang tetapi sudah keluar berseronok.
Bukan dia sahaja yang risau, rupa-rupanya peminat Emma juga khuatir dengan tindakan pelakon itu.
Puncanya selepas Emma memuat naik sekeping foto di sebuah kedai makan bersama seorang rakan baiknya.
Perkara tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan netizen yang bimbang dengan keadaan kesihatan pelakon itu kerana dia masih lagi dalam tempoh berpantang.
Dalam ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang dan menegur tindakan Emma yang boleh memudaratkan kesihatan.
Emma sepatutnya berpantang 44 hari dan ada juga yang berharap foto yang dimuat naiknya itu hanya ‘throwback’.
Apa-apa pun, Diva harap Emma selamat menjalani proses berpantang dan menjaga kesihatan dengan baik. Tidak kisahlah berpantang ikut cara tradisional atau moden, asalkan kekal sihat sampai ke tua.
Diva yakin, semua teguran yang dilontarkan netizen atas dasar prihatin dan mengambil berat tentang artis kesayangan mereka.
DIVA: Ramai persoalkan bagaimana dan apa kelayakan pelakon Shah Hazvee sehingga dikurniakan gelaran datuk. Katanya sejak tahun 2016.