fbpx

Najib terharu seorang warga emas doakan Allahyarham bondanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu status di Facebook menunjukkan seorang warga emas berdoa di luar pagar Masjid Negara, semalam.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terharu atas keikhlasan seorang individu yang menghadiahkan doa untuk bondanya, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah.

Menerusi status di Facebook Ahli Parlimen Pekan itu, gambar seorang individu berdiri dan seorang lagi sedang duduk sambil menadah tangan berdoa di luar pagar Masjid Negara itu mulanya dimuat naik di Facebook Mahadi Mahbol sebelum dikongsikan semula di Facebook Najib.

“Dari sudut kejauhan ada yang menadah tangan merafakkan doa kepada Allah agar Allahyarham Tun Rahah ditempatkan di dalam syurga,” tulis Mahadi di Facebooknya.

Najib menerusi reaksinya mengakui tersentuh hati dengan keikhlasan individu itu dan berharap berpeluang berjumpa dengannya kelak.

“Amat menyentuh hati saya melihat ini. Saya tidak kenal saudara tetapi saya berharap dapat bertemu satu hari nanti.

“Terima kasih atas doa untuk Allahyarhamah bonda. Semoga pak cik sentiasa di bawah rahmat Allah SWT,” jelas beliau.

Terdahulu, satu status di laman sosial Tweeter seorang netizen, Azman Hassan menjelaskan pak cik itu datang berjalan kaki dari Kampung Baru ke Masjid Negara dan pernah bekerja di rumah Allahyarham Tun Rahah.

“Saya jumpa dia tadi DS (Datuk Seri Najib).. Dia kata dia pernah kerja sebagai tukang kebun di rumah Tun Rahah.

“Tun Rahah pernah biaya dia punya kos perubatan suatu ketika dulu. Dia nak balas memang tak mampu dan sepanjang bacaan talkim, pak cik tadah tangan panjat doa. Sekarang kerja di kedai makan dekat Kampung Baru.

“Lama saya sembang dengan dia tadi, dia asal Ajil, Terengganu. Dia kata dia tak layak utk masuk ke dalam masjid sebab dia tahu siapa dia..

“Sedih pulak dengar, bagusnya pak cik ni bila saya nak bagi sedikit wang dia tolak dengan baik. Dia cakap dia masih mampu. Satu lagi, dia datang ke Masjid Negara tadi dengan jalan kaki dari Kampung Baru,” ciapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI