fbpx

Lorong kanan Simpang Renggam- Sedenak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan televisyen litar tertutup (CCTV).

PETALING JAYA- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup lorong kanan di antara Simpang Renggam dan Sedenak kepada semua kenderaan selama empat bulan bermula esok hingga 4 April tahun depan.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, penutupan laluan melibatkan KM 50.15 hingga KM 46.5 bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan dilaksanakan.

“Sepanjang tempoh itu, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan.

“Justeru, pelanggan menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya di sini tadi.

Tambahnya, pelanggan juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pelbagai usaha dilakukan PLUS untuk meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya dan salah satu inisiatif itu ialah menggantikan penghadang jalan besi di bahagian tengah lebuh raya kepada tembok penghadang konkrit.

“Ia bagi mengelakkan insiden kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI