fbpx

Kareena Kapoor tulis buku tentang kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kareena meninggalkan sebuah studio selepas tamat rancangan radionya, 'What Women Want' di Mumbai, India pada 8 November 2020. - AFP

NEW DELHI – Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor Khan mengumumkan akan melancarkan buku berkaitan kehamilan pada tahun hadapan.

Kareena, 40, yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan bakal berkongsi setiap perincian tentang pengalaman kehamilan sendiri menerusi buku bertajuk Kareena Kapoor Khan’s Pregnancy Bible.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Instagramnya, hari ini.

“Sempena hari lahir anak saya, Taimur Ali Khan Pataudi yang keempat hari ini, saya ingin mengumumkan berita gembira bahawa anda boleh mendapatkan buku kehamilan tulisan saya tahun hadapan.

“Saya akan berkongsi semua hal tentang pengalaman kehamilan saya termasuk alahan dan diet yang saya amalkan. Saya tidak sabar untuk anda membacanya,” tulisnya.

Dia yang kini sedang sarat hamil anak kedua sering mendapat pujian peminat kerana kekal aktif bekerja meskipun berbadan dua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI