fbpx

Jangan redah jalan ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslee (tiga dari kiri) berbual dengan salah seorang mangsa banjir di PPS SK Bukit Mentok, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko meredah jalan dinaiki air bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pengguna dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif sekiranya jalan utama telah ditenggelami air.

“Kalau sudah nampak jalan di hadapan tenggelam, jangan sesekali cuba untuk redah juga kerana ia membahayakan nyawa.

“Gunakan laluan alternatif yang lain demi keselamatan diri dan kenderaan” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kejadian tiga kenderaan hanyut selepas cuba meredah banjir di dearah ini sejak semalam.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang penjawat awam nyaris maut setelah kereta Perodua Myvi dinaikinya hanyut dibawa arus deras di Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Kampung Batu 10, Pasir Gajah, di sini.

Tidak lama kemudian, motosikal Skuter Yamaha Ego yang dinaiki dua sahabat pula dihanyutkan arus deras sewaktu meredah banjir di Jalan Kampung Ibok, Kijal berhampiran Zoo Mini Kemaman dekat sini.

Kejadian ketiga pula berlaku pada pukul 6.45 pagi semalam apabila kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza dinaiki tiga sekeluarga terbabas ke bahu jalan yang ditenggelami banjir di Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI