fbpx

627 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan 672 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 643 telah dikompaun dan 29 direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (442), tidak memakai pelitup muka (90), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (78), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (37) dan lain-lain (25).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 45,483 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,368 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,582 anggota telah membuat pemantauan di 3,482 pasar raya, 4,814 restoran serta 1,572 penjaja, 1,238 kilang, 3,124 bank dan 699 pejabat kerajaan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, juga dipantau, sebanyak 941 terminal pengangkutan darat, 235 terminal pengangkutan air serta 84 terminal pengangkutan udara. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI