fbpx

143 individu dijangkiti Covid-19 di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 143 individu dijangkiti Covid-19 di HTAR. Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Jumlah jangkitan Covid-19 di kalangan pesakit dan kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) terus meningkat apabila mencatatkan keseluruhan 143 individu, setakat hari ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ini melibatkan 62 kakitangan dan 81 pesakit.

Katanya, semakan rekod mendapati terdapat dua kes tambahan masing-masing kakitanan dan pesakit.

“Terdapat juga kakitangan yang telah tamat pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) didapati negatif dan mula bertugas. Keseluruhannya adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Sha’ari menjelaskan seramai 65 orang dijangkiti Covid-19 di Hospital Serdang.

Jelas beliau, 37 daripadanya adalah kakitangan hospital dengan tambahan dua individu.

“Bagi pesakit kekal 28 orang dan status di hospital berkenaan juga terkawal,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI